Al-Quran, Syafaat di Hari Akhirat



href>
Jadilah di antara golongan manusia yg bersyukur dan mengikut segala perintah allah swt dlm al-quran dan sunnah rasullullah saw…kerana syafaat rasullulah nanti berdasarkan itu semua.. Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”. Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.” “Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Riwayat Muslim) berpandukan kepada Hadis diatas… kita akan dapat mengetahui maksud yang tersirat di dalam nya yang menerangkan perihal betapa pentingnya kita ber kitab kan Al-Quran sebagai bekalan keamanan kita di akhirat esok..dimana pada hari tersebut adalah merupakan hari kemusnahan dan malapetaka yang maha teruk…. Ape yang dapat kita pelajari dari Hadis tersebut ..????? i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak. iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.” iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu. v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Sunday, November 16, 2008


Di dalam buku "haqqul Abaa’ Alal Abna Wa Haqqul Abna ‘Alal Abaa" oleh Thaha Abdullah Al-Hafifi menjelaskan tentang tanggugjawab anak terhadap ke-2 ibubapa menurut iman Al-Qurthubi:

firman Allah SWT ertinye:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang di antara kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,sekali- kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "uff(ah)" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai tuhanku,kasihanilah mereka berdua,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil.

"Tuhanmu telah mengetahui apa yang ada dalam hatimu:Jika kamu orang-orang yang baik,sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat."

                                           (Al-isra’:23-25)

Monday, November 3, 2008

BARBER Vs MUSLiM Customers.......??


ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
> > > > > > > > > '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Sunday, November 2, 2008

Hai, boleh saya kenal?????.........

o ReNuNgAn bErSamA bIlA BeRmUlAnYa ...........hAi! BolEh beRKenAlAn..
1. hai boleh saya kenal saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lama saya perhati awak,awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak......saya harap kita boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kata... saya tak pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima saya, saya akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,saya tau saya bukan baik, tapi saya sentiasa cuba terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...
keluar dengan kekawan tau, balik kntek,,,saya doakan awak.

4.wak, Kenapa tak kntek saya, saya risau awak keluar lelamer... ye,,,saya tak ada hak, saya tau saya percaya awak, tapi saya tak tau nak kata macam mana,kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tapi saya rasa awak macam berada depn saya...mungkin ini yang orang kata cinta agaknya, wak, wak cinta saya? tak hendak bagitau,,, tapi saya tau awak cinta saya... awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan... hehehr...thank you...saya cinta awak...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? siapa saya dalam hati awak?

6.wak, dari kawn kita just panggil saya awak saja, macam saya tak istimewa untuk awak saja saya teringin juga nak jadi macam kawn sebilik saya ini, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan saja...thank you sayang...

7.yang, kekadang saya tengok ayg ini macam tak percaya saya saja,,, yela, saya just tanya awak pakai apa jerkan ;( hehehe... ye thank you bagitahu, makin sayang saya kat awak...

8,yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk saya, sayang lah pemberi semangat untuk saya... yang, saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi...jangan risau, ini kan membuktikan saya take care ayang kan... so, jangan risau k, ye... saya akan jaga rahsia kita... just mesej saja kan...

9.ayang dah lama kita mesej, boleh tak kitr jumpa? ye... ayang bawa lah kekawan k,,, thank you yang...

10.thank you panggil saya dengan panggilan abang,,, abang tunggu da lama da,,, abang tau, kita tak boleh pakser dalam perhubungan...

11.ayang, buat apa 2, nak cakap sikit, Kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?? ayang tak percaya abang eh....

12.ayang kita jumpa k,,, abang suka ayang pakai tudung yang saya beli 2, yang macam wardina 2, bukan ayag tak cantik, just makin cantik,,,,nipis sikit saja..kita jumpa nanti ayang bawa lah seorang saja k...

13.ayg,abang nak minta maaf dengan apa yang jadi... abang tadi tersentuh jari ayg, thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak apa...makin lah tebal cinta abang kat ayang.. ayang suka jumpa abang? thank you yang, tadi kasihan tengok kawn ayang duduk saja diam,...ye... nanti abang bawa kawn abang, boleh dia borakkan...yang, abang suka tengok mater ayang, malu malu pula dia,,,ayang tadi cantik...

14.thank you jumpa tadi,ayang cantik...abang romantik pun salah ke?
suka abang romantik eh, tadi jumpa da berani tenung abang.... thank you....
tengk kawan ayang dan kawan abgmcm melekat saja... senang lah kita jumpa...tengk, ALLAh membrkati kita...ayang da solat? doakan abang sekali k...

15.yang,just nak tanya... ayang cintakan abang berapa peratus?
apa tandanyer?50% saja...yang, nak tanya, rambut ayang pnjng tak, just terpikir,,,,

16.tadi terbeli tudung pendek, ,,, yang bagi kat ayang tu...yang, bagi lah gambar ayng special untuk abang pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gambar ini abang buat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abang berapa peratus? sepenuh hati? thank you!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lama kita couple, tak kan abang pegang tangan nak mara, ayang kan milik abang...thank you paham abang...

19.kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayng cintakan abang apa buktinyer yang,,,,


SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.....
PEGANG TANGAN-TERABE-TERSEDAP-TERLANJUR-TERBUNTING-
TERBUANG anak-TERKELUAR VCD LUCAH-TERMALU-TERTEKAN-TERSEKSA-TERBUANG-
---- -

JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH DIRI....
SEMUANYA TER....TER KE?????
jawab SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA DARI SMS BERBUNYI,

hai, boleh saya kenal....

(ayng di atas tadi contoh mesej, anggap no itu stage stage untuk awak kearah.... ter.... berhenti sebelum, ter.....)

Penyelewengan Fikrah dalam Perjuangan (siri 2)



Terdapat beberpa bentuk penyelewengan dari garis asal bagi jalan dakwah. Marilah sama-sama kita kupas apa itu penyelewengan dari matlamat. Sama-sama kita doakan agar Allah membantu kita untuk terus berjalan di atas jalan yang benar.

Penyelewengan dari matlamat merupakan Penyelewengan yang paling merbahaya.Ia mesti di awasi dengan rapi. Kita harus sedar dan yakin bahawa matlamat yang kita tuju dalam perjuangan ini adalah Allah SWT.kekadang tanpa kita sedar kita telah lari dari matlamat asal ini dengan menyekutukan Allah dengan tujuan-tujuan atau kehendak-kehendak keduniaan atau matlamat pribadi. sepertimana yang kita sudah sedia maklum,amalan kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya ada penyekutuan dalam sesuatu amalan. Penyelewengan ini banyak berlaku dalam bentuk niat.

Riya', takabbur,meninggi diri,gila pangkat,suka menunjuk-nunjuk merupakan kepentingan keduniaan yang sebenarnya palsu.Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yang boleh memesongkan matlamat asal perjuangan kita.Penyakit hati ini juga boleh merosakkan niat dan memalsukan setiap amalan kita.semua manusia biasa mempunyai penyakit ini,namun marilah sama-sama kita menyahut seruan Allah untuk hambanya dalam surah Al-Syam ayat 9;10 yang bermaksud:

9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).



Tidak semestinya erti penyelewengan dari matlamat itu adalah berpaling terus dari Allah,tetapi memadai dengan wujudnya sedikit niat untuk kepentingan dunia itu sudah cukup untuk menggugurkan amal dan mencampakkan kita jauh dari saf orang-orang hidup dan matinya kerana Allah.Marilah kita sama-sama memperbaiki niat,jika kita sudah terpesong. Namun harus difahami oleh kita,tugas untuk menentukan niat seseorang adalah bukan tugas kita kerana kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa menapis para pejuang yang benar dan yang palsu. kita juga harus yakin Allah akan membersihkan barisan mukminin dan membezakan yang jujur dan yang curang dalam perjuangan sepertimana maksud Firman Allah SWT:

1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
(surah Al-'Ankabut:1-3)


kita juga harus ingat,kadangkala kita telah berjaya mengahrungi ujian dalam bentuk kesensaraan dan kepayahan,tetapi kadangkala kita lalai apabila di uji dengan kesenangan dunia. dari itu,kita hendaklah berwaspada kerana musuh-musuh Allah bukan sahaja menggunakan kekerasan untuk menghancurkan Islam. Kadang-kadang mereka menipu umat Islam dengan memberi umpan dalam bentuk pangkat,kebendaan,muzik, dan sebagainya.

Godaan syaitan merupakan satu perkara yang perlu ditentang oleh setiap mukmin. antara ciri-ciri penyakit godaan syaitan seprti yang pernah kita lihat ialah bagaimana ada orang menganggap dirinya lebih berkebolehan dari orang lain,lebih pintar,pandai menyusun strtegi dan lebih tahu tentang selok belok perjuangan. Ia meninggi-ninggi diri dengan merendah-rendahkan kebolehan orang lain walaupun orang yang direndahkan itu lebih matang dalambidang dakwah.Orang-orang seprti ini andainya ia berjaya mengatur strategi dakwah,ia akan mendabik dada dan berbangga dengan kebolehannya. Kononnya tanpa kebolehan dan kebijaksanaannya sesuatu kejayaan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataab. Ia lupa kepada kepada pemberiaan dan pertolongan dari Allah. perkara ini mengingatkan kita kepada ungkapan sombong Qarun:

APA YANG AKU PEROLEHI INI ADALAH KERANA PENGETAHUAN YANG ADA PADA KU

Kita juga pernah melihat orang berpenyakit gila pimpinan. Ia begitu rakus mencari orang untuk menjadi pengikutnya sendiri lebih dari menjadi pengikut jemaah Islam.Harus diingat orang yang kelihatan padanya ciri-ciri penyakit tersebut tidak akan mengaku kewujudan penyakit itu dalam dirinya mungkin kerana ia telah dikaburkan oelh tipu daya Syaitan yang halus.

Kadangkala ada sesetengah pendakwah dengan niat baik bergaul dan berbaik dengan orang yang mempunyai penyakit ini kerana bimbangkan barisan jemaah akan berpecah atau kerana takut jemaah tidak akan dapat mengambil manfaat dari kebolehan orang itu. Ketahuilah,mengekalkan orang-orang yang berpenyakit demikian dalam gerakan Islam setelah tidak dapat di ubati penyakitnya adalah sangat bahaya. Mengekalkan mereka dalamgerakan Islam bererti memberi peluang kepada penyelewengan,membuka pintu kepada kecuaian,dan tidak beriltizam. marilah kita renungkan kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb ini:

Sekali lepas sekali,berkali-kali sebahagian anggota jemaah diserbu,setiap kali serbuan,gugur is(prinsipnya), laksana gugurnya dedaun kering dari sebtang pokok yang rendah lagi besar. Pihak musuh Yang menyerbu juga dapat memegang salah satu ranting dari pohon besar itu lalu menarik-narik ranting itu dengan sangkaan ia akan berjaya membongkar hingga ke akar umbi pohon itu. Tetapi bila tiba waktunya,ranting yang direntap itu tercabut dari induknya sebagai kayu kering di tangannya kering tidak berjiwa,dan pohon yang besar itu kekal seperti biasa.

*Semoga Allah menjauhkan diri kita dari termasuk dari golongan yang tidak diterima pengorbanannya...


Ukhti Indahkan Jilbabmu

Besmala4
                                                   

Islam adalah ajaran yang sangat sempurna, sampai-sampai cara
berpakaian pun dibimbing oleh Alloh Dzat yang paling mengetahui apa
yang terbaik bagi diri kita. Bisa jadi sesuatu yang kita sukai, baik
itu berupa model pakaian atau perhiasan pada hakikatnya justru jelek
menurut Alloh. Alloh berfirman:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal itu adalah baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal sebenarnya itu buruk bagimu, Alloh lah yang Maha mengetahui
sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqoroh: 216).

Oleh karenanya
marilah kita ikuti bimbingan-Nya dalam segala perkara termasuk mengenai
cara berpakaian.

Perintah dari Atas Langit

Alloh Ta’ala memerintahkan kepada kaum muslimah untuk berjilbab
sesuai syari’at. Alloh berfirman:

“Wahai Nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta para wanita kaum beriman
agar mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu orang.
Alloh Maha pengampun lagi Maha penyayang.”
(Al Ahzab: 59)

Ketentuan Jilbab Menurut Syari’at

Berikut ini beberapa ketentuan jilbab syar’i ketika seorang muslimah
berada di luar rumah atau berhadapan dengan laki-laki yang bukan mahrom
(bukan ‘muhrim’, karena muhrim berarti orang yang berihrom) yang
bersumber dari Al Qur’an dan As Sunnah yang shohihah dengan contoh
penyimpangannya, semoga Alloh memudahkan kita untuk memahami kebenaran
dan mengamalkannya serta memudahkan kita untuk meninggalkan busana yang
melanggar ketentuan Robbul ‘alamiin.

Tutup_aurat_yg_betul_page_2_1

Pertama

Pakaian muslimah itu harus menutup seluruh badannya kecuali wajah dan
kedua telapak tangan (lihat Al Ahzab: 59 dan An Nuur: 31). Selain
keduanya seperti leher dan lain-lain, maka tidak boleh ditampakkan
walaupun cuma sebesar uang logam, apalagi malah buka-bukaan. Bahkan
sebagian ulama mewajibkan untuk ditutupi seluruhnya tanpa kecuali-red.

Kedua
Bukan busana perhiasan yang justru menarik perhatian seperti yang
banyak dihiasi dengan gambar bunga apalagi yang warna-warni, atau
disertai gambar makhluk bernyawa, apalagi gambarnya lambang partai
politik!!!; ini bahkan bisa menimbulkan perpecahan diantara sesama
muslimin. Sadarlah wahai kaum muslimin…

Ketiga
Harus longgar, tidak ketat, tidak tipis dan tidak sempit yang
mengakibatkan lekuk-lekuk tubuhnya tampak atau transparan. Cermatilah,
dari sini kita bisa menilai apakah jilbab gaul yang tipis dan ketat
yang banyak dikenakan para mahasiswi maupun ibu-ibu di sekitar kita dan
bahkan para artis itu sesuai syari’at atau tidak.

Keempat
Tidak diberi wangi-wangian atau parfum karena dapat memancing syahwat
lelaki yang mencium keharumannya. Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam
bersabda, “Jika salah seorang wanita diantara kalian hendak ke masjid,
maka janganlah sekali-kali dia memakai wewangian.” (HR. Muslim). Kalau
pergi ke masjid saja dilarang memakai wewangian lalu bagaimana lagi
para wanita yang pergi ke kampus-kampus, ke pasar-pasar bahkan
berdesak-desakkan dalam bis kota dengan parfum yang menusuk hidung?!
Wallohul musta’an.

Kelima
Tidak menyerupai pakaian laki-laki seperti memakai celana panjang, kaos
oblong dan semacamnya. Rosululloh melaknat laki-laki yang menyerupai
perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki (HR. Bukhori)

Keenam
Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Nabi senantiasa
memerintahkan kita untuk menyelisihi mereka diantaranya dalam masalah
pakaian yang menjadi ciri mereka.

Ketujuh
Bukan untuk mencari popularitas. Untuk apa kalian mencari popularitas
wahai saudariku? Apakah kalian ingin terjerumus ke dalam neraka hanya
demi popularitas semu. Lihatlah isteri Nabi yang cantik Ibunda ‘Aisyah
rodhiyallohu ‘anha yang dengan patuh menutup dirinya dengan jilbab
syar’i, bukankah kecerdasannya amat masyhur di kalangan ummat ini?
Wallohul muwaffiq.

Saturday, November 1, 2008

Tanda Mukmin, Alim, Taqwa, Jujur dan Ahli Ibadah

Wasiat Nabi Junjungan Kepada Saidina Ali R.A
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.