Al-Quran, Syafaat di Hari Akhirat



href>
Jadilah di antara golongan manusia yg bersyukur dan mengikut segala perintah allah swt dlm al-quran dan sunnah rasullullah saw…kerana syafaat rasullulah nanti berdasarkan itu semua.. Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”. Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.” “Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Riwayat Muslim) berpandukan kepada Hadis diatas… kita akan dapat mengetahui maksud yang tersirat di dalam nya yang menerangkan perihal betapa pentingnya kita ber kitab kan Al-Quran sebagai bekalan keamanan kita di akhirat esok..dimana pada hari tersebut adalah merupakan hari kemusnahan dan malapetaka yang maha teruk…. Ape yang dapat kita pelajari dari Hadis tersebut ..????? i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak. iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.” iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu. v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Friday, October 31, 2008

Pilih Pasangan Hidup Berakhlak Mulia, Beriman

ISLAM mengajar umatnya berhati-hati memilih pasangan hidup kerana hidup berumahtangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun tetapi diniatkan sepanjang hayat. Usaha memilih calon isteri atau suami tidak boleh dianggap mudah. Ia memerlukan waktu kerana kriteria memilih harus sesuai dengan syariat Islam. Orang yang hendak bernikah perlu memilih teman hidupnya dengan cermat.

Apabila seorang Muslim memilih pasangannya bererti dia menjadikan pasangan itu sebahagian daripada hidupnya. Wanita yang akan menjadi isteri dalam rumah tangga akan menjadi ibu atau pendidik anaknya. Lelaki yang menjadi suami atau pemimpin rumah tangga akan bertanggungjawab dalam hidup anak dan isteri.

Janganlah sampai menyesal terhadap pilihan pasangan selepas berumah tangga. Dalam memilih calon isteri, Islam memberikan beberapa petunjuk dan kriteria. Satu daripada kriteria itu ialah calon isteri hendaklah memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak.

Sabda Rasulullah bermaksud, “Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Perempuan itu dinilai kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia (Muttafaqun Alaihi).

Dalam hadis itu, dilihat bagaimana baginda menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun.

Allah berfirman bermaksud, “Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak mukmin lebih baik daripada wanita musyrik walaupun ia menarik hatimu. (Surah al-Baqarah: ayat 221).

Sehubungan itu, dengan kriteria memilih calon isteri berdasarkan akhlaknya, Allah berfirman bermaksud, “Wanita keji adalah untuk lelaki keji dan lelaki untuk wanita keji dan wanita baik adalah untuk lelaki baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik. (surah An-Nur: Ayat 26).

Seorang wanita yang memiliki ilmu agama tentu akan berusaha dengan ilmu itu supaya menjadi wanita salihah dan taat pada Allah. Wanita salihah akan dipelihara Allah, seperti firmannya bermaksud: “Maka wanita yang salihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya. Oleh kerana itu Allah memelihara mereka.” (Surah An-nissa, ayat 34).

Sesungguhnya wanita solihah bagi lelaki adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Kriteria memilih isteri yang harus diberi perhatian ialah mempunyai sifat penyayang dan dapat melahirkan banyak anak. Dalam memilih wanita yang banyak melahirkan anak, ada beberapa perkara yang perlu diketahui iaitu:

Kesihatan fizikal dan penyakit yang menghalang kehamilan. Untuk mengetahuinya, kita mesti meminta bantuan pakar. Oleh itu, seorang wanita yang mempunyai kesihatan yang baik dan fizikal kuat biasanya mampu melahirkan banyak anak. Di samping itu, dia dapat memikul beban rumah tangga serta menunaikan kewajipan mendidik anak serta menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik.

Melihat keadaan ibu dan saudara perempuan yang sudah bernikah. Sekiranya mereka termasuk wanita yang banyak melahirkan anak, maka biasanya wanita itu akan seperti itu juga. Hendaklah memilih calon isteri yang masih gadis, terutama bagi lelaki bujang. Ini dimaksudkan untuk mencapai hikmah sempurna dan manfaat yang agung.

Di antara manfaat itu adalah memelihara keluarga, bukan menyusahkan kehidupan, menjurus ke dalam pelbagai masalah serta permusuhan. Pada masa sama, ia akan mengeratkan tali cinta kasih antara suami isteri dan sekali gus memberi sepenuhnya kehalusan serta kelembutan kepada lelaki yang pertama kali melindungi, menemui dan mengenalinya.

Lain halnya dengan janda. Kadangkala daripada suami kedua, dia tidak mendapatkan kelembutan hati yang sebenarnya kerana ada perbezaan besar antara akhlak suami pertama dan suami kedua.

Mengutamakan orang jauh (dari keakraban) dalam perkahwinan. Ini dimaksudkan untuk keselamatan fizikal anak keturunan daripada penyakit yang menular atau cacat secara turun temurun. Biasanya anak tidak tumbuh besar dan dalam keadaan lemah atau mewarisi cacat kedua orang tuanya dan penyakit nenek moyangnya. Di samping itu, cara itu juga dapat memperluaskan pertalian kekeluargaan dan mempereratkan ikatan sosial.

Diharap kriteria dinyatakan itu dapat menjadikan panduan dan pedoman bagi lelaki khususnya, teruna yang ingin mencari pasangan hidup dan menamatkan bujang. Kita juga mengharapkan rumah tangga yang dibina itu akan mendapat berkat, bahagia dan kekal abadi hingga ke akhir hayat

No comments: